Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) telah ditubuhkan secara rasminya dalam tahun
1917 apabila ia didaftarkan di Calcutta tetapi Pusat Pentadbiran ialah di Singapura, sehingga tahun 1956. Ibu Pejabat Kebangsaan
kini terletak di Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur sejak tahun 1957.
PPPM adalah ahli penuh (Full
Member) "World Association of Girl Guides and Girl Scouts" (WAGGGS) sejak tahun 1957. Oleh itu semua ahli PPPM mempunyai pelbagai
peluang untuk mengembangkan tahap profesionalisme mereka dengan menyertai pelbagai acara Kepanduan, seperti persidangan, seminar,
bengkel, perhimpunan, perkhemahan atau kursus kepanduan di peringkat negeri, negara, rantau dan antarabangsa.
Persatuan
Pandu Puteri ialah sebuah pertubuhan yang bergabung dengan Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO) dan Majlis Belia Kebangsaan
(MBM). PPPM telah diletakkan di bawah pengelolaan Kementerian Belia dan Sukan walaupun kebanyakan ahlinya (lebih daripada
90%) adalah terdiri daripada pelajar dan para pendidik dari sekolah, kolej dan universiti, PPPM mempunyai jalinan yang rapat
dengan Kementerian Pendidikan Malaysia, dan pelaksanaan Dasar Ko-Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia telah mempereratkan
lagi jalinan ini yang mewajibkan semua pelajar sekolah dan para pendidik menjadi ahli mana-mana satu badan berpakaian seragam
di sekolah dan kolej masing-masing.
PPPM menyediakan Program Kepanduan yang bercorak pendidikan bukan formal. Pelaksanaan
program bukan formal ini mementingkan perkaedahan yang fleksibel, ceria dan aktif untuk memenuhi kehendak dan keperluan remaja
wanita dan wanita dewasa Malaysia. Program Kepanduan ini telah disusun secara berperingkat seperti tertera di dalam jadual
di bawah:-
Persatuan / Kelab |
Peringkat Umur |
Tunas Puteri |
7-12 tahun (pelajar sekolah rendah) |
Pandu Puteri |
13-15 tahun (pelajar sekolah menengah) |
Renjer Puteri |
16-18 tahun (pelajar sekolah menengah) |
Kadet Pandu Puteri |
untuk guru pelatih di Maktab Perguruan |
Kelab Renjer Pandu Puteri |
untuk lepasan sekolah dan mereka yang bekerja |
Kelab Pandu Puteri |
untuk penuntut universiti dan institusi pendidikan tinggi |
Kesemua tahap ini dikendalikan oleh Pemimpin Kepanduan yang bertauliah. Dalam usaha
memastikan sekurang-kurangnya terdapat seorang Pemimpin Kepanduan berwaran di sekolah atau institusi pendidikan, Kementerian
Pendidikan Malaysia telah bersetuju memasukkan latihan kepanduan sebagai salah satu aktiviti latihan keguruan di Maktab Perguruan
sejak tahun 1987.
PPPM adalah ahli penuh (FULL MEMBER) "World Association of Girl Guides and Girl Scouts" (WAGGGS).
Oleh itu semua ahli PPPM mempunyai pelbagai peluang untuk mengembangkan tahap profesionalisme mereka dengan menyertai persidangan,
seminar, bengkel, perhimpunan, perkhemahan atau kursus kepanduan di semua peringkat dalam negeri, negara, rantau dan antarabangsa.
Bendera Dunia |
Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia |
 |
 |
- Tiga blok atau petak jingga menyerong sederet di bahagian kanan bawah melambangkan 3 bahagian
Persetiaan.
- Bahagian putih di penjuru melambangkan komitmen semua ahli Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia
terhadap keamanan.
- Trefoil dunia dalam latar biru melambangkan matahari menyinari kanak-kanak di dunia.
|
- Tiga rangkaian daun lebar melambangkan tiga Persetiaan Pandu Puteri.
- Bintang pecah melambangkan 13 buah negeri serta Wilayah Persekutuan di Malaysia.
- Lencana Pandu Puteri Malaysia di tengah latar biru membawa maksud matahari menyinari setiap kanak-kanak
di dunia.
|
|